Nuffnang
Saturday, January 1, 2011
Kek Mentega Coklat
Happy New Year semuaa ! Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011, semoga
tahun ini memberikan banyak harapan dan selamat tinggal kenangan. Alhamdulillah
dapat order dari orang Perlis, kawan punya kawan. Semoga berkenan !
Labels:
jualan
Sunday, December 19, 2010
Kek Coklat Moist
Pesanan dari Mrs.Punitha yang minta di buatkan kek coklat moist for chrismas day,
katanya. Soo, inilah dia semoga berkenan yee.
Labels:
jualan
Friday, December 17, 2010
Coklat Hantaran
Coklat hantaran yang di tempah oleh Cik Kamarudin untuk pertunangan anaknya
di Taiping esok. Selamat Bertunang, dan semoga berpuas hati dengan handmade
coklat ini. Terimakasih kerana menempah.
Labels:
jualan
Monday, November 29, 2010
Rendang Tongkol
Ada banyak jenis rendang, mulai dari rendang daging, ayam dan udang. Semuanya
mempunyai rasa yang sangat lazat. Lauk yang mudah di siapkan tidak bermakna
kelazatannya diabaikan. Rasanya akan tetap menjadi pilihan bagi mereka yang telah
merasainya.
800 gram ikan tongkol segar - dipotong beberapa bahagian
1 sudu makan air perahan limau
1 sudu teh garam
2 helai daun kunyit
2 batang serai - diketuk
8 helai daun limau purut
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
750 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara Memasak :
Lumur ikan tongkol dengan air perahan limau dam garam. Perapkan selama 15 minit.
Kemudian goreng ikan tongkol. Tumiskan bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau
sehingga naik bau.
Masukkan ikan tongkol goreng, garam dan gula. Kacau rata. Tuangkan santan dan
biarkan kuahnya sehingga agak kering. Memasak rendang perlulah di atas api kecil
supaya rempahnya akan meresap ke dalam isi ikan.
Labels:
lauk pauk
Sunday, November 28, 2010
Roti Coklat Keju
Dengan hanya menggunakan 2 biji kuning telur roti ini boleh di katakan lembut. Yaa, betul saya tak letakpun bread improver atau pelembut roti sejenis bahan kimia. Kalau boleh memang tak nak pakai dahh. Tapi sekali - sekala ada pakai juga! Opss.Tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.
Bahan - Bahan :
400 gram tepung roti
80 gram gula pasir
6 gram yis segera
25 gram susu tepung
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
170 ml air sejuk
75 gram marjerin
1 sudu teh garam
Bahan Inti :
150 gram keju cheddar - potong dadu kecil
150 gram coklat masak hitam - potong dadu kecil
Bahan sapuan ( kacau rata ) :
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair
Cara Membuat :
Roti : campurkan tepung roti, gula pasir, yis segera dan susu tepung. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik.
Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian doh seberat 12 gram. Betukkan bulat. Biarkan selama 10 minit. Leperkan adunan. Masukkan inti dan bentukkan bulat. Letak di dalam loyang yang telah disapu marjerin.
Biarkan selama 75 minit. sehingga kembang. Sapukan dengan bahan sapuan. Bakar selama 6 minit dengan suhu ketuhar 220 C sehingga masak.
Sumber : Majalah Sedap
Labels:
roti
Sunday, October 10, 2010
Spanish Hot Chocolate
Hi All, air coklat panas ini kerap juga saya buat dirumah. Dengan bahan - bahan
yang tak begitu banyak dan sangat mudah, menjadi pilihan saya diwaktu rehat
bersama kawan - kawan dan keluarga. Memang sangat simple.
Bahan - Bahan :
85 gram milk chocolate - broken into pieces
450 ml fresh milk
Cinamon sticks and orange rind - to decorate, if you like!
Cara Membuatnya :
Put chocolate in top of a dauble boiler or a bowl placed over a saucepan of hot
water. Leave chocolate to melt. Heat milk to boiling point. Using a wooden spoon,
slowly stir a little boiling milk into chocolate.
Using a wire whisk, whisk in remaining milk and continue to whisk until mixture
is frothy. Pour into heatproof glasses or cups and decorate with cinnamon stiks
and orange rind.
Labels:
minuman
Friday, October 8, 2010
Flan Cendawan Dan Sosej
Salam, menyediakan menu minum petang kerapnya kurang diberi perhatian. Selalunya ramai yang membeli sahaja kuih - muih yang banyak dijual di gerai. Bagaimanapun, kadang - kadang kita berasa jemu dengan makanan yang sama, kreativiti juga diperlukan agar hidangan yang disediakan nampak menyelerakan.
Bahan untuk pastri :
150 gm tepung gandum
75 gm mentega
Air ais secukupnya
Secubit garam
Bahan untuk inti :
3 biji telur
1 labu bawang besar - dimayang
100 gm cendawan butang - dihiris nipis
100 gm sosej - dihiris nipis
50 gm keju cheddar - diparut
25 gm mentega
200 ml susu
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
Cara menyediakannya:
Untuk membuat pastri, gaulkan tepung gandum, garam dan mentega dengan dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut sebelum didinginkan dalam peti sejuk selama 15 minit.
Canai doh setebal 5 mm dan letakkan ke dalam acuan flan. Tekan rata - rata sehingga ke bahagian tepi acuan dan potong lebihan doh di sekelilingnya. Bakar selama 15 minit sehingga setengah masak. Ketepikan untuk seketika.
Untuk membuat inti : panaskan mentega di dalam kuali dan masukkan bawang besar, cendawan dan sosej. Kacau sehingga bawang layu sedikit kemudian tuang kan ke dalam acuan flan yang beralas tadi. Tabur keju cheddar sehingga rata.
Telur dipukul bersama - sama susu, garam dan serbuk lada sulah kemudian di tuang ke dalam acuan flan tadi sebelum dibakar lagi dalam ketuhar pada suhu 180 C selama 30 minit ataupun sehingga masak. Hidangkan panas - panas.
Labels:
snack
Wednesday, October 6, 2010
Satay Bebola Berempah Oriental
Salam, kita sudah biasa dengan satay ayam ataupun daging, bukan ?Kesedapannya sememangnya memiliki rasa yang sangat unik. Ingin mencuba menyediakan satay berkonsep oriental dengan memakai bahan bebola sebagai bahan asasnya, istimewa juga rasanya !
Bahan - Bahan :
20 ketul bebola ayam, dipotong dua bahagian
10 batang lidi pencucuk satay
Rempah Perapan :
3 ulas bawang putih - cincang halus
4 ulas bawang merah - cincang halus
3 sudu makan sos tomato
2 biji cili kering - cincang halus
1 sudu makan minyak masak
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan daun ketumbar cincang
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh gula pasir
Cara Membuatnya :
Kacau rata rempah perapan. Masukkan bebola ayam dan kacau rata. Perap selama 25 minit. Cucuk - cucukkan di lidi pencucuk satay. Bakar dalam kuali pan sehingga masak dan terbit aroma.
Labels:
lauk pauk
Ayam Goreng Sambal Serai
Siapa peminat masakan pedas ? Menu satu ini patut di cuba. Masakan style
Indonesia banyak menggunakan cabai merah segar sebagai bahan rempahnya.
Apalagi di padankan dengan nasi panas, dihidangkan untuk makan tengah hari.
Memang cukup untuk membuka selera.
1 ekor ayam, potong 8 bahagian
1/2 sudu teh air asam jawa
( daripada 1/4 sudu teh asam jawa dan 1 sudu makan air )
1/2 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan balado :
5 helai daun limau purut - buang tulangnya
5 batang serai - ambil putihnya dan hiris serong
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
1 sudu makan air asam jawa
( daripada 1 sudu teh asam jawa dan 2 sudu makan air - larutkan )
Bahan Tumbuk Kasar :
6 biji bawang merah
13 biji cili merah besar
13 biji cili merah kerinting
5 biji cili padi hijau
1 sudu teh belacan goreng
Cara Membuatnya :
Lumur ayam dengan air asam jawa dan garam. Perapkan selama 20 minit. Goreng
dalam minyak yang telah di panaskan di atas api sederhana sehingga masak. Ketepi
kan. Panaskan 150 ml minyak masak baki menggoreng ayam.
Tumis bahan tumbuk kasar, daun limau dan serai sehingga terbit aroma. Masukkan
ayam, garam, gula pasir dan air asam jawa. Masak sehingga menyerap.
Tip : Ketuk serai supaya aromanya lebih harum.
Labels:
ayam
Monday, October 4, 2010
Okonomiyaki
Sekali - sekala menikmati pancake ala jepun yang dibuat di rumah, memang enak Apalagi di hidang panas. Okonomiyaki is a savoury japennes style pancake. Kita boleh memasukkan ke dalam adunan tepung apa juga jenis sayuran yang kita suka! Untuk yang ingin melihat step by step ada di Sini.
Bahan - Bahan :
100 gram tepung gandum
150 ml dashi atau air sejuk
50 gram kubis - dipotong halus
50 gram lobak merah - dipotong halus
Sedikit daun bawang - cincang
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 biji telur
Garam secukup rasa
50 gram udang, atau sosej, crab stick - dipotong dadu ( pilih salah satu )
Bahan Sos :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar worcestershire sauce
Cara Membuat :
Campurkan tepung gandum, air dan kacau sehingga sebati. Masukkan telur, garam dan lada sulah. Kacau lagi. Masukkan sayuran dan udang. Panaskan kuali anti lekat sapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan, masak sehingga keperangan. Top with okonomiyaki sauce, mayonnaise and green onion and slice.
Labels:
Penkek
Subscribe to:
Posts (Atom)






