Assalammualaikum salam di bulan syawal yang penuh keceriaan! Syawal yang tiba setahun sekali pastinya akan di sambuat dengan berbagai cara. Setelah sebulan penuh kita berpuasa dengan penuh
kesabaran inilah masanya kita menyambut bulan syawal yang mulia. Berbagai juadah raya yang saya cuba sediakan dari mula membuat biskut raya dan lauk pauk memang sangat memenatkan bukan ?
Hari ini saya nak kongsikan resepi rendang daging berkuah kegemaran anak - anak saya! Di perlukan sedikit kesabaran di dalam membuat hidangan ni, kuahnya di masak dengan api sederhana agar isi daging bersama - sama dengan rempahnya menjadi menu rendang yang sangat berperisa dan tentunya sedap dan memikat hati seisi keluarga di rumah!
Rendang Daging Berkuah
700 kg daging - di potong nipis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar cili sos
1 cawan santan pekat
1 cawan air kosong
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
2 keping asam gelugor
garam secukup rasa
2 helai daun limau purut
1/2 helai daun kunyit - potong halus
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Di Kisar :
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 batang serai - di hiris halus dan kisar
Bahan Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan Untuk Di sangai :
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
Cara Memasak :
Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan - bahan tumis hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar, cili sos dan kacau lagi.Masukkan bahan kisar kering.
Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.Masukkan santan dan air jika tak nak rendang terlalu pekat. kacau rata.Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
Masukkan pula gula melaka, gula pasir dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.
Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut, daun kunyit dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya sedikit pekat. Kacau rata.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar - benar empuk dan kuahnya sedikit pekat.Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat dan juga rendang.
Ketupat Pulut Daun Pisang
1 kg beras pulut
3 cawan santan daripada 1 biji kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya - dilayurkan
Cara Memasak :
Masak beras pulut bersama santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak seperti masak nasi biasa iaitu apabila santan sudah kering, sila perlahankan api dan tutup periuk. Pulut hendaklah sentiasa dikacau agar tidak hangit dan masak dengan sekata.
Setelah itu, bungkus pulut dengan daun pisang. Ikat dibahagian hujungnya menggunakan tali.
Setelah selesai semuanya, bolehlah direbus sehingga masak. Potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang bersama rendang.
No comments:
Post a Comment