Assalammualaikum...
Kita layan cheesy wedges atas permintaan anak - anak. Sangat2 senang & puas hati sbb buat sendiri yg penting sedap happy sangat taw! kalo banyak Boleh terus simpan frozen next time tinggal goreng jer tak payah beli dah nak buat pun modal bukan banyak yang penting confirm jadik dengan hasil air tangan penuh kasih sayang.. suittt suittt.
Crispy Potato Wedges
5 - 6 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk kari ayam / daging
150 gram tepung jagung
150 gram tepung jagung
2 - 3 sudu besar air kosong
Garam secukup rasa
Cara membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
Selepas itu, satukan semua bahan rempah dan juga tepung di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang dan renjiskan dengan sedikit air, agar tepung sedikit lembab dan melekat pada kentang, goreng dengan api sedang hingga keemasan. Simpan atau frozenkan baki kentang di dalam peti sejuk. Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges & mayonis.

Resepi Sos Cheesy Wedges
100 ml non dairy whipping cream
50 ml air panas
70 gram serbuk cheesy wedges
Cara : Panaskan cream di atas pan, masukkan serbuk cheesy wedges, kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tidak berketul, masukkan air panas kacau sekejap dan siapp. Sangat senang dan mudah!
No comments:
Post a Comment