Nuffnang
Tuesday, February 12, 2013
Rendang Pedas Kicap
Mungkin ini antara menu yang ringkas dan mudah untuk di hidang semasa waktu makan tengah
hari, tapi percayalah cukup sedap di hidang bersama nasi putih yang masih hangat!
Tidak terlalu renyah dan mudah sangat nak membuatnya. Untuk lebih nak jimatkan masa bahan -
bahan kisar boleh di siapkan sehari sebelumnya, jadi pada esok paginya boleh terus memasak!
Sajian ini menjadi hidangan istimewa di rumah saya dan jenis menu yang berkicap lainnya. Anak
anak memang sangat suka. Jom intai resepi!
Rendang Pedas Kicap
1/2 kg daging atau ayam
1 peket keresek
3 susu besar kicap pekat
1 helai daun kunyit - siat halus
2 helai daun salam
200 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan KIsar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 tangkai cili padi - kalau nak pedas boleh tambahkan
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai
Cara Membuat :
Tumiskan bahan - bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam ataupun daging, santan, daun
kunyit, daun salam, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan sehingga kuah mendidih. Apabila kuah hampir kering masukkan kicap pekat dan kerisik. Gaul rata dan sebatikan. Masak rendang sehingga agak kering. Sedap di makan bersama nasi hangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment