Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

Homemade Roti Nan Cheese


Oleh kerana sudah terbiasa dengan makanan dari pelbagai citarasa seperti Melayu, Western, Indian, Chinese dan sebagainya kadangkala keinginan untuk menikmati makanan lain dari yang routine terbit juga. Salah satu makanan feveret adalah roti naan yang di makan bersama tandoori chicken, namun pagi tadi takderlah buat tandoori cuma buat roti naan yang di makan bersama curry ayam saja. Sedap dan cukup mengenyangkan.

Homemade Roti Nan Cheese
375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping :
50 gram cheddar cheese - parut halus
50 gram mozarella cheese
1 sudu teh gula pasir

Cara Membuat :
Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. Sementara itu  campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu). canai leper taburkan cheese. Canai another nan, tindihkan dan canai semula dan bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik. 


2 comments:

  1. duk terpikir nak membuatnya.. agak2 yogurt digantikan ngan buttermilk boleh je kot na.. blasah je. hehehe

    ReplyDelete
  2. Boleh kutt Izah! Tapi saya belum pernah cuba letak buttermilk, mungkin boleh jadi lebih lembutt roti tu nantinyee.. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi