Nuffnang

Thursday, December 19, 2013

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak


Cuaca redup, mudah-mudahan petang  nanti tak dak hujan ribut macam hari - hari sebelum ni InsyaAllah.Lama tersimpan hasrat ingin membuat krim puff ala - ala jepun ini, untuk sajian dan tatapan rakan - rakan saya sekalian. Memang senang ajer buat rupanya. Harini saya kongsikan satu resepi, bahan - bahan cream puff yang rasanya menepati selera la, bila google  resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan dan jugak kaedahnya, kalau kita nak tahu mana yang bagus kenalah cuba - cuba sendiri kan ?

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak
100 gram butter
110 gram air
1/2 sudu teh garam
120 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3 biji telur ayam

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu . Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Masukkan baking powder. Pukul guna mixer hingga adunan licin.

Masukkan adunan krim puff ke dalam piping bag dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Paipkan pulak adunan toping 3/4 bahagian di atas krim puff tadi, paip membentuk lingkaran macam kita membuat roti boy yer. Bakar dalam oven dengan suhu 200 C  hingga permukaan puff kecoklatan. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.  Pastikan krim puff telah benar-benar masak sebelum di keluarkan dari oven.

Bahan Topping :
50 gram butter
50 gram gula halus
1 sudu besar air kosong
50 gram tepung gandum

Cara Membuat Topping :
Semua bahan campur jadi satu lalu di pukul hingga menjadi adunan yang lembut. Masukan ke dalam piping, bag dan gunting sedkit  bahagian bawah bag piping dan paip atas krim puff nanti.

Bahan Inti :
100 gram coklat masakan
100 gram whpping cream  - pukul sehingga gebu dan pekat

Cara membuatnya :
Masak coklat dengan cara dauble boil, lalu sejukkan. Kemudian masukan ke dalam whipping cream yang telah di pukul tadi lalu kacau hingga rata dan sebati. Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan cream di dalamnya.Untuk paipkan cream, masukkan cream ke dalam paiping bag Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh. Sajikan.


1 comment:

  1. Salam kak Julia, nak tanya sikit.
    Bahan untuk cream puff, gula banyak mana?
    terima kasih.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi