Nuffnang
Saturday, February 13, 2010
Donat kentang panggang
Bahan - bahan
300 gram tepung proten tinggi
200 gram kentang kukus ~ lecek halus
25 gram gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 biji telur
25 ml air sejuk
1 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan marjerin untuk membakar
2 sudu makan gula aising untuk taburan
Cara Membuat
1. Campurkan tepung gandum, kentang, gula pasir dan yis segera. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik. Biarkan selama 15 minit.Kempiskan adunan, timbang setiap bahagian adunan seberat 20 gram. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit.
2. Leperkan dan lubangkan tengahnya, letakkan di loyang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan selama 30 minit. Panaskan kuali datar yang disapu marjerin. Letakkan beberapa donat, biarkan sehingga kembang, balikkan dan biarkan sehingga masak. Hidangkan bersama taburan gula aising.
tips: Jangan memanggang terlalu lama supaya kulit tidak tebal dan keras! Selain di bakar donat ini boleh juga digoreng.
sumber ~ sedap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment