Nuffnang
Wednesday, December 30, 2009
Bergedel Daging
Biasanya bergedel, di makan bersama soto. Tapi hari ini sahaje buat untuk makan bersama sos kegemaran. Macam mana, boleh tak? Ok, boleh yaa?Hehe..
Bahan bahanya :
300 gram ubi kentang - hiris nipis
80 gram daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
3 ulas bawang putih - kisar halus
Setangkai daun sup dan jugak daun bawang - hiris nipis
1 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak - untuk menggoreng
Bahan Pencelup :
2 biji telur - di pukul ringan
Cara Membuatnya :
Kentang di buang kulit dan di cuci bersih. Potong nipis ubi kentang dan goreng sehingga keperangan. Tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan bahan - bahan rempah, bawang putih, serbuk lada sulah, daun sup, daun bawang dan jugak tepung. Gaulkan sehingga sebati.
Panaskan minyak dalam kuali, bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup di dalam telur yang di pukul ringan dan goreng hingga masak atau keperangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment